06.20.05 (12:53 am)


ini sebagai peringatan kepada diri...   [edit]

Assalamu'alaikum wrh wbt..
kita kongsikan maklumat - agar dpt memberi
manafaat kita bersama ... Amin Ya Rabb.

Apa pekara yang ber"manfaat" daripada
ber'couple';



1) Seronok( dapat fitnah)

2) Seronok (dapat dosa)

3) Seronok (dapat geng dgn syaitan)

4) Dapat luahkan segala masalah (ALLAH kan
ada)

5) Banyak habis duit (lebih baik guna utk
bersedekah)

6) Banyak risau (takut awek orang lain kebas....
berapa kali dah miss sembahyang pasal dok asyik
berdating tak risau)

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal
ingat peristiwa riang dgn awek... kita sebagai
muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg
boleh datang bila-bila masa)

8) Lebih mengutamakan awek drp orang lain (hidup
dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.... lain dah tak
kisah).

9) Menepati masa dan janji (takut awek
marah/sakit hati......sembahyang fardu lewat tak
takut pulak)

10)Lain2 lagi yang memberikan faedah dlm
menambah saham DOSA drp saham PAHALA

Pada mereka yg sudah ber'couple', nak ber'couple'
atau cuba2 nak ber'couple' (ditujukan khas buat
lelaki pasal dia orang le selalu dok start dulu,
perempuan pula ibarat spark plug kereta petrol
kalau tak de 'sparking' tak start le tapi enjin kereta
disel tak pakai spark plug pun boleh start ye dak?)
toksah le, rentikan tak sior (kata orang Perak) dan
getik aku nengoknye (kata orang Perak lagi)
pasal "manfaat"nya spt yg disebut di atas cukup
banyak, apa kata kita cari manfaat lain yg lebih
dan benar bermanfaat.

Hasil daripada
pengalaman/pemerhatian/an alisa/kajian saya
terdapat beberapa sebab yang menyebabkan
PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur i.e.
perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha
drp pihak yg bertanggungjawab untuk mengawal
percampuran ini supaya tidak bercanggah dgn
syarak.

2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati
ada pendapat (tak tahu le dalil maner yg diorang
amik) menyatakan bley bercintan
ni...biaserlah..klu nk buat tu memang macam2
helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain.
Banyak bersabar aje le dan teruskan usaha kita
insya-ALlah lama2 dia sedar le.

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan
kasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan
perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve.
Hasil drp didikan/pentarbiahan Islam yang tidak
kukuh dari keluarga menyebabkan attraction
between the charge can't be control to act in a
much more appropriate manner.... maka terjadinya
perhubungan (kawan2) sebelum ada ikatan yang
sah, dan ada setengah ibubapa dgn selamba
kata,"Tak pe le dia orang dah besor....dah remaja,
dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior
le". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita
dah besor, tahu le menilai yg baik dan yang
buruk... tapi tanggungjawab kedua ibubapa
mendidik anak pun tak boleh abaikan seperti
maksud hadis yg selalu kita dengar, riwayat
Bukhari, Sabda Rasulullah;

"TIAP-TIAP ANAK YG DILAHIRKAN ITU BERSIH
& SUCI (mengikut fitrah) MAKA IBUBAPA LAH
YANG AKAN MENJADIKANNYA YAHUDI,
NASRANI DAN MAJUSI. "

4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup
aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga
i.e. cara bergaul, bercakap....etc. Maka ini
membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan
projek mereka. Tak percaya pergi lepak(bukan
lepak macam Mat Lepakian....lepak dgn tujuan
untuk mengambil iktibar) kat K.L.(kat sini macam2
jenis orang boleh jumpa) ada yg elok tutup aurat
tapi bila time sembang... tu dia, ketawa kalah
lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu,
lelaki apa lagi... ada chance nie.

5) Ramai perempuan semakin berani.... berani
menghadapi cabaran untuk jadi setanding dgn
lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dapat
banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat
Bunga yg banyak dapat awek.

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek,
kalau tak de awek maka macam ada satu
kekosongan dlm jiwa..... lebih2 lagi kalau tengok
member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling
mempengaruhi suasana.

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia
tu pakar dlm bab tackle/ meng'ayat' awek...lelaki
nie biasa le EGO..... ego tak kena tempat.

Haaaaa..... nie paling memalukan kaum lelaki....
lelaki nie cepat sangat PERASAN so dia pun naik
syeikh plus naik semangat untuk kacau awek.
Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia(padahal
tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le
dah usaha sikit punya susah nak
meng'ayat'/meng'tackle, awek tu pun accept le
mat tu. Ada juga awek yg manja(dah memang
fitrah wanita sebegitu) sikit bila nak minta tolong
maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat
dia maka akan try meng'ayat'. Maka diajurkan
pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat
kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. Pada
kaum Adam pula.... jgn le dok perasan cepat
sangat.

9) Ada kaitan dgn fakta ke 8.... perempuan cepat
sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah
untuk dia. Tolong nie tolong tu, tolong buat
assingment ke sebagai contoh. Bila lelaki yg dok
tolong tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan
tersebut termakan kata-kata manis lelaki
tersebut..... yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, itu
yg jadi macam tu.

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal
mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka
cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk
untuk kenal antara satu sama lain dan memahami
satu sama lain.... ada ngam ke tak ngam sebelum
berjanji untuk sehidup semati.

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh
menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram,
sebagai mana hadis Rasullullah, Daripada Abu
Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda
Rasulullah (saw);

"SESUNGGUHNYA YG HALAL ITU NYATA
(terang) DAN YANG HARAM ITU PUN NYATA
(terang) DAN DIANTARA KEDUANYA ADA
PEKARA2 YANG KESAMARAN, YG TIDAK
DIKETAHUINYA OLEH KEBANYAKKAN
MANUSIA. MAKA BARANG SIAPA MEMELIHARA
(dirinya dari) SEGALA YG KESAMARAN,
SESUNGGUHNYA IA MEMULIAKAN BAGINYA
AGAMANYA DAN KEHORMATANYA. DAN
BARANG SIAPA JATUH KE DLM PEKARA
KESAMARAN JATUHLAH IA SPT.
PENGEMBALA YG MENGEMBALA DI
SEKELILING KAWASAN LARANGAN HAMPIR
SANGAT(ternakanya) MAKA DI DLMNYA.
KETAHUILAH BAHAWA TIAP2 RAJA ADA
KAWASAN LARANGAN.KETAHUILAH BAHAWA
LARANGAN ALLAH ADALAH SEGALA YANG
HARAM. KETAHUILAH BAHAWA DI DLM BADAN
ADA SEKETUL DAGING, APABILA IA BAIK,
BAIKLAH SELURUHNYA DAN APABILA IA
ROSAK , ROSAKLAH SEKELIANNYA.
KETAHUILAH, ITULAH YANG DINAMAKAN
HATI".

[Bukhari & Muslim]





Your Name:


Your Comment: